As Salam~~~
Seperti biasa, setiap hujung minggu aku akan balik kampung. Bila sampai rumah mak jew..masing2 bising cakap Tom sakit, tak tahu kenapa. Aku pun terus ke bilik nenek untuk melihat keadaan sebenar Tom. Bila aku panggil nama Tom, pelan2 dia keluar dari bawah katil..Istighfar aku..keadaan dia sangat sedih. Hidung nya ada darah..badan kurus..dan paling sedih sekali bila lihat mata sebelah kanan tersembul keluar.
Bila ditnya kenapa..masing2 ckp tak tahu. Maghrib tu jg aku call Klinik Haiwan di Seri Alam. Suruh Doktor Fauzan tunggu jika kami lambat sampai. Perjalanan dari kampung ke Klinik Haiwan Seri Alam adalah dalam 45 minit- 1 jam..Masa gerak dari kampung dah jam 8.00 mlm. Sampai di sana, Doktor kata kemungkinan si Tom di pukul. Doktor cuba masukkan mata yang tersembul tu kedalam dengan mengetuk di kepala. Tapi tak berhasil..keputusan terakhir terpaksa dibuat. Tom akan dibedah untuk dibuang mata yang tersembul tu.
Untuk malam itu, kami tinggalkan Tom di klinik untuk ditahan di wad dan di bedah. Kami hanya mampu berdoa dan harapkan yang terbaik untuk si Tom.
Petang Ahad dapat panggilan dri Doktor Fauzan, Tom dah siap dibedah dan boleh diambil. Tetapi kami minta Tom ditahan dulu di wad kerana keesokan hari baru kami balik Pasir Gudang.
Hari Isnin, daripada kampung kami terus ke klinik haiwan untuk lihat dan ambil Tom. Sampai di klinik kami nampak Tom masih dalam cage lagi. Doktor Fauzan keluarkan Tom dari cage dan tunjukkan kami bahagian mata Tom yang dah dibuang dan dijahit. Ngeri tengok...masih bengkak di kawasan yang di jahit itu. Doktor Fauzan juga tunjukkan cara2 untuk memberi 'makan paksa' dan cara meletakkan ubat titis di mata dan gigi Tom yang luka. Doktor Fauzan juga ada pesan, mungkin akan keluar darah dan cecair di mata yang dijahit. Kami tak perlu risau dan hanya lap sahaja. Itu adalah keadaan biasa selepas soket mata kosong.
Lepas dah selesai semua tunjuk ajar, aku dibenarkan untuk membawa Tom balik. Aku dibekalkan dengan ubat-ubatan dan makanan kesihatan untuk Tom. Bill untuk kos pembedahan, wad dan ubat-ubatan RM350.00
Hari ni hari ke tiga aku dan ChintaHati menjaga Tom. Alhamdulilah..semuanya berjalan lancar. Walaupun kadang2 ngeri untuk membersihkan kesan luka di mata dan sukar untuk member 'makan paksa' pada Tom tapi kami perlu bersabar untuk menghadapi dugaan ini.
Di sini keadaan Tom Semasa Sihat =)
Doakan Tom akan kembali sihat dan aktif seperti dahulu...
love,