Monday 9 September 2013

Dating in September #1

As Salam~~~

Hari Sabtu lepas dating dengan ChintaHati kerana hari Ahad nya dia nak memancing di Tioman. Jadi hari Sabtu ni menghabiskan masa berdualah..melayan semua kerenah aku...hahahaha

Mula2 kami lunch di RasaMas , Jusco Tebrau....ChintaHati yang teringin nak makan nasi ayam pepper. Untuk menu 2 orang yang kami pilih, ada 2 nasi , 1/2 ekor ayam pepper , 2 sup, 1 sup bebola ayam,1 sayur campur,1 kentang goreng dan 2 gelas air gas. Sebenarnya untuk ayam ada dua pilihan, sama ada pepper atau paprik. Tapi aku pilih pepper sebab permintaan ChintaHati.Semua yang dihidangkan memuaskan hati dan sedap!!!.Tapi, oleh kerana perut kami berdua ni kecik..jadi tak habislah semua makanan tu...tapaulah jawabnya.



Lepas dah kenyang....Kononnya nak tengok movie..tapi macam tak da mood pula. jadinya, kami jalan-jalan jelah di Jusco tu r...Nak shopping pun tak dan ...

Oleh kerana dah kebosanan merayap di Jusco...kami pun keluar dan pergi Pantai Lido. Kat sana melepak-lepak makan ice cream dan tahu bakar sambil tengok orang cari gemis...

Pada malamnya, mak aku call..cakap nak datang umah Along. Jadi...sepanjang malam tu kami habiskan masa dengan family aku lah...

Balik rumah dah kepenatan...tapi tolong juga ChintaHati packing barang nak pergi memancing keesokan harinya...

love,

No comments:

Post a Comment