Tuesday, 3 September 2013

Keadaan Terkini Tom

As Salam~~~

Hari ni genap 9 hari kami menjaga si Tom. Alhamdulilah...walaupun sepanjang menjaga si Tom ni banyak dugaan kami tetap bersabar dan mengambil ia sebagai cabaran. Setiap hari kena paksa dia makan menggunakan picagari. Memberi makan ubat dan mengelap cecair dan darah yang keluar di bahagian mata yang dibuang.

Semalam, kami hantar Tom pergi checkup selepas 7 hari membuang matanya. Doktor Fauzan cakap semuanya dah stabil. Luka di rahang nya dah kering...sebab itulah sekarang Tom dah boleh makan sendiri. Jadi, kami tak perlulah memberi 'makan paksa' pada si Tom. Gigi taring bahagian bawah  terkeluar sebab luka yang besar . Jahitan di mata si Tom terbuka sebab dia asyik menggaru di bahagian jahitan itu. Tapi Doktor Fauzan kata itu tak memudaratkan dia, cuma sekarang kena letak ubat titik di mata dia yang dah berlubang tu jelah... Selepas check semua, Doktor Fauzan memberi injection untuk antibodi si Tom. Selepas ni, Tom dah tak perlu datang checkup lagi. Semuanya sekarang terletak pada antibodi dan semangat dia untuk hidup.

Sekarang ni, si Tom masih tak boleh untuk makan makanan keras. Kami hanya memberi makan ikan rebus tanpa garam. Sekali ngadap 2 ekor jugalah dia habiskan. Si Tom pun dah nak bergurau2 dengan Hart dan Sanggha. 




Semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini .Amin~~~


love,

No comments:

Post a Comment