As Salam~~~
Kencing kotor ketika hamil??? Aku rasa... ramai juga para ibu hamil yang mengalami situasi ini. Aku salah seorangnya lah kan... Dah nak-nak due ni pula boleh terkena. Aish....memang menimbulkan  kerisauan betul lah kan. Aku dapat detect ni pun sebab semalam ada pemeriksaan kandungan 9 bulan di KK Masai.
Bila masuk bilik doktor, patutnya aku yang tanya...kenapa boleh terjadi kencing kotor ni..sebab aku memang tak ada masalah keputihan langsung sepanjang kehamilan ni.Tapi, ni sebaliknya pula..Doktor tu yang tanya kenapa aku kena kencing kotor. Boleh pula gitu kan... Kesudahannya, doktor bagi aku ubat antibiotik untuk atasi masalah ni dan aku juga diarahkan untuk jalani pemeriksaan semula pada minggu berikutnya.
Dan...seperti biasa, balik jew dari KK Masai, aku pun terus lah meng Google pasal kencing kotor ni.. Kadang-kadang info kat internet lagi senang dapat dan faham dari bertanya dengan doktor depan mata ni.
Kat bawah ni aku kongsikan info yang aku dapat daripada  blog Dr Zubaidi.
Apa itu kencing kotor ??
Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing 
uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan 
salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh)
Siapa yang mudah dijangkiti ?? 
Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 
Wanita hamil dan Kencing kotor
Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga
 antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, 
menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing 
bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan 
pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat.
 Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis 
dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi
 kencing membiak.
Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat. 
Simptom Kencing Kotor
- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak. ~ADA~
 - Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. ~TAK ADA~
 - Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk. ~TAK ADA~
 - Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen. ~TAK ADA~
 - Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks. ~TAK ADA~
 - Demam dan seram sejuk. ~TAK ADA~
 
Rawatan Susulan 
Jika ada tanda kuman di dalam air 
kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. 
Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada
 bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic 
yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit
 perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan
 kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan
 semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika 
masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan 
antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam
 yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di 
hospital
Pencegahan Kencing Kotor
- Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. ~DONE~
 - Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria. ~DONE~
 - Menjaga kebersihan diri. ~DONE~
 - Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar. ~DONE~
 - Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami ~DONE~
 - Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin ~DONE~
 - Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein ~DONE~
 - Mengambil vitamin c,beta-ceratin,dan zinc untuk membantu melawan kuman. ~DONE~
 
love,


Nice sharing puan. Saya pun ada alaminya dulu pada kehamilan yg pertama. Sampai sakit seperti kontraction. Alhamdulillah lepas bagi antibiotik dan minum air masak yang banyak, saya ok :)
ReplyDeleteSaya ada menulis tentang perihal kesihatan & kesuburan di www.caramudahhamil.com ... Jemput singgah ke blog saya ya :)
Ikhlas,
#nordiyanajamal
Alhamdulilah...insyaallah sis. nanti saya jenguk blog sis ya =)
Delete