Thursday 30 January 2014

Urutan Perineum Untuk Memudahkan Proses Bersalin dan Mengelak Episiotomi

 As Salam~~~

Alhamdulilah...sekarang sudah masuk 3rd trimester kandungan aku ni. Dan seperti biasa...perasaan debor untuk menanti kelahiran sulung aku ini selalu je hadir...Untuk hilangkannya, aku selalu lah meng google pasal minggu-minggu terakhir kandungan agar aku lebih sedia untuk menghadapi saat kelahiran nanti.

Salah satu ilmu yang aku nak kongsikan adalah pasal urutan perineum ini. Bagi aku, semua mommy to be harus tahu ilmu urutan perineum ini untuk mengelakkan episiotomi iaitu kena gunting dan jahit selepas bersalin.

Ini lah namanya episiotomi...tempat yang akan di gunting...
 
Doktor kata, kemungkinan dapat jahitan itu sangat tinggi kalau time duk teran tu kita terangkat bontot atau kepala baby besar, jadinya nanti kena gunting dan yang seumpama dengannya.Untuk mengelakkan episiotomi ni kita bolehlah buat urutan perineum.

Pertama kali melakukannya memang akan rasa sakit. Kalau rasa sakit... buat setakat yang mampu je lah ea. Nanti dah hari-hari buat kita tak rasa sakit lagi. :) Yup! first time buat tu memang sakit. Seelokknya buatlah selepas mandi sebab bahagian perineum lebih lembut dan selesa bila disentuh.
Ok, di bawah ni aku kongsikan secara ringkas urutan perineum.

Apakah 'Perineum'?
Kawasan di antara faraj dan dubur

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80%  dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan

Bagaimana untuk mengelakkan ianya berlaku?
-Lakukan 'Perineal Massage'
-Menggunakan 1 atau 2 jari
-Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami menolong?
Sudah Tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
-Tidak ada
-Senang dilakukan
-Tidak menyakitkan
-Tidak perlu bayaran


Tatacara mengurut perineum
1)Basuh tangan dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri ditempat yang selesa dengan cara mencangkung
2)Sapukan minyak zaitun, Jangan gunakan minyak baby, minyak galian atau petroleum jelly.
3)Letakkan 1 atau 2 jari lebih kurang 1-1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu kearah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4)Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5)Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6)Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1 minggu anda akan terasa lebih regangan.


**Untuk urutan perineum ni aku gunakan VCO Tanamera.

 **Mengenangkan yang episiotomi ni lagi menyeramkan..jadinya, tak boleh malas-malas...semoaga aku diberikan semangat dan kerajinan untuk lakukan urutan perineum...Sekurang-kurangnya, aku dah usaha..yang lain aku serahkan pada Allah S.W.T...

Semoga semuanya dipermudahkan nanti..Insyaallah..Amin~~~

Date:30 January 2014/ 28 R'Awal 1435H
Waris Ayah Bonda: 31 weeks 3 days

love,



Wednesday 29 January 2014

Produk Pilihan Untuk Set Berpantang>>>Tanamera ;)

As Salam~~~

 

 Sebenarnya dah lama aku survey untuk produk yang akan digunakan ketika berpantang nanti...Tapi, banyak-banyak produk yang aku survey..produk Tanamera ni yang paling berkenan di hati. Oleh kerana aku ni memang suka meng google semua benda...jadinya, aku dah baca lah kebaikan set Tanamera ni.... dan yang paling buat aku yakin untuk menggunakan set Tanamera ni setelah baca keterangan setiap produk dalam set ni dan testimoni-testimoni dari pengguna. Kalau nak tahu...ramai juga artis-artis yang menggunakan set Tanamera ni tau...

Ok, salah satu sebab aku pilih set Tanamera ni sebab ianya adalah 100% berasaskan tumbuhan semulajadi dengan penggunaan herba tropika minyak pati. Set Tanamera ni juga tidak menggunakan pewarna tiruan, pewangi, pengawet serta bahan kimia bertoksik ataupun bahan jamu yang mana kita tahu mungkin memberi kesan merbahaya kepada baby kita. Ianya juga HALAL kerana tidak mengandungi bahan yang mencurigakan dan mendatangkan was-was. Tambahan pulak....aku memang plan nak BF waris nanti..so KALAU waris kena jaundice pun..aku masih boleh amalkan set Tanamera ni....yelah, sesetengah produk kalau baby jaundice kita kena stop pengambilan sementara kan...

Lagipun...dalam set Tanamera ni ada produk yang boleh digunakan ketika preggy dan semasa berpantang.... So..memang berbaloilah kalau beli set Tanamera ni kan...

Satu set Tanamera ni ada 11 items, kat bawah ni aku kongsikan sikit fungsi-fungsi setiap item ni ya..


SET TANAMERA
Digunakan Ketika PREGGY dan BERPANTANG

1)MINYAK KELAPA DARA - Boleh digunakan dari minggu ke 30 untuk sapu dan urut di bahagian perineum dan bermula minggu ke 37 disyorkan minum.

 2)AIR BUNGA LAVENDAR - Semburan yang boleh mengubati sakit kepala, kemurungan, keletihan dan susah tidur.

3)SABUN HERBA - Hilangkan tompok hitam pada leher, ketiak ,peha dan perut.

4)MINYAK URUT HERBA - Untuk urutan dan disapu pada kaki yang bengkak, membantu membuang toksin dalam badan.

 Digunakan ketika BERPANTANG

5)TEH HERBA - Memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah


6)LULUR BADAN HERBA - Hilangkan tompok hitam pada badan, ketiak dan celah kelengkang.

7)HERBA MANDIAN - Menyegarkan badan , memberi tenaga dan menghilangkan bau badan.

8)PILIS - Menyegarkan mata dan minda.



 9)TAPEL - Menegangkan otot dan kulit kendur di perut
10)HERBA PEMBERSIH WANITA - Menyah bau dan mempercepatkan penyembuhan luka

11)BENGKUNG - Mengetatkan otot abdomen dan menyokong postur tubuh.

**Untuk pembacaan penuh tentang set Tanamera ni boleh rujuk di www.postnatalcareset.com

HARGA?
RM360 (SM) / RM380 (SS)

MACAM MANA NAK BELI?
Aku beli online di page FB  Set Berpantang. 
Masa aku beli ada promosi..RM330 jew =) .


 love,



Sunday 26 January 2014

Keadaan Terkini Adik...

As Salam....

Hari ini, genap 18 hari adik tidak sedarkan diri setelah kemalangan. Mak dan Along setiap hari akan berulang alik ke HSA untuk menemani adik. Ada perubahan sikit pada adik... tangan adik sebelah kiri dah bergerak-gerak sikit. Mulut dan mata adik pun ada gerak-gerak sikit. Bila dipanggil, adik kadang-kadang akan memberi respons...

16 January 2014, leher adik ditebuk untuk mengantikan tube yang dimasukkan kedalam peparunya melalui mulut. Kata doktor, kalau tak tebuk leher adik...mulut adik akan herot dan gigi adik akan rosak disebabkan tiub yang disumbatkan dimulutnya. Adik dilatih untuk bernafas sendiri berselang seli dengan bantuan mesin selang setiap 2 jam. Kepala adik yang ditanggalkan tempurungnya masih bengkak....Badan adik semakin kurus...


24 January 2014, Alhamdulilah...jantung dan peparu adik dah boleh berfungsi tanpa bantuan mesin. Adik dikeluarkan dari Wad ICU dan dipindahkan ke Wad Timur ,Tingkat 4, HSA. Di Wad ini, pesakit hanya 11 orang sahaja....dan sebahagiannya masih tidak sedarkan diri seperti adik. Walaupun adik masih tidak sedarkan diri...kami sekeluarga bersyukur kerana adik dalam keadaan stabil...


Pada waktu dan ketika ini...hanya kekuatan semangat adik yang akan menentukan bila dia akan sedar.  Kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar adik dikuatkan semangat, sihat dan sembuh seperti sedia kala.

Adik...bangunlah...Kami semua rindukan adik.

love,



Monday 20 January 2014

Kenduri Doa Selamat Waris 7 Bulan

As Salam...


 Hari Sabtu lepas, setelah tertangguh 2 minggu..kami telah selamat mengadakan Kenduri Doa Selamat untuk aku dan Kak Teh yang sedang mengandung ini.  Pada kebiasaannya setiap kali rumah nak buat kenduri..mak yang akan sibuk menguruskan itu dan ini, memilih menu untuk dijamu pada tetamu. Tapi untuk kenduri kali ini, kami adik beradik yang uruskan...kami tak nak susahkan mak yang sedang jaga adik di hospital.

Kebiasaannya, bila genap usia kandungan 7 bulan..orang akan buat majlis Lenggang Perut. Tapi kami sekeluarga tak mengamalkan adat ini. Bagi kami, amalan yang di tuntut oleh Islam lagi penting dari mengikut adat yang ada unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam.

Kenduri doa selamat ini juga di sekalikan dengan bacaan tahlil dan doa selamat untuk adik...Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, diikuti dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

Untuk majlis doa selamat 7 bulan ini, Cik Bedah yang mengetuai majlis bacaan ini mengarahkan aku dan Kak Teh untuk turut serta dalam majlis...ini kerana, bila ada doa untuk kami, kami di disuruh berniat di dalam hati agar kandungan ini selamat dan di permudahkan segala urusan untuk melahirkan kandungan nanti.

Semoga majlis kami ini dirahmati dan diterima oleh Mu Ya Rabb...

Date:20 January 2014/ 18 R'Awal 1435H
Waris Ayah Bonda: 30 weeks



love,



Thursday 16 January 2014

Musibah Awal Tahun Baru 2014 :'(

As Salam....

Lama aku tak update blog ni. Dari sehari ke sehari aku tangguh untuk update blog...Ini semua kerana rutin harian aku sekeluarga berubah selepas adik aku ditimpa kemalangan. Oleh kerana komitment kerja dan keluarga, kami adik beradik bergilir-gilir melihat adik di Hospital Sultanah Aminah. Mak dan Along sahaja yang setia menemani adik setiap hari. Itu pun bukan di sebelah katil adik. Mak hanya akan masuk 10-15 minit dan keluar semula duduk di lobi hospital. Adik kini masih koma lagi dan berada di wad ICU, hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

Untuk makluman, adik accident pada hari Khamis (9/1/2014), jam 2.00 pagi. Adik yang belajar di Kulai keluar awal pagi untuk menolong kawannya yang mengalami motor pancit di Skudai. Menurut rakan adik yang ada di tempat kejadian...adik menaiki motor 3 orang dan adik yang menunggang motor tersebut. Adik jatuh sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain.. badan adik terhempas jauh dari tempat dia jatuh setelah melanggar divider. Kawan adik yang berada di tempat kejadian meminta pertolongan dari orang-orang yang lalu di situ. Tapi tiada satu kenderaan pun berhenti untuk menolong adik. Jadinya, kawan adik menelefon Along untuk meminta pertolongan. Pada awalnya, adik di bawa ke  Hospital Kulai.. tetapi Along meminta pihak hospital untuk memindahkan adik ke Hospital Sultanah Aminah supaya memudahkan kami sekeluarga untuk menjaga adik. 

Aku sampai HSA jam 11 tgh hari selepas budak praktikal datang untuk menjaga kedai aku. Sampai jew di wad kecemasan HSA aku nampak Mak dah nangis tak berhenti...Mak cakap adik dah masuk dewan bedah..keadaan adik kritikal.Ada darah beku dalam kepalanya, jantung dan peparunya sangat lemah...

Adik dibawa masuk ke dewan bedah jam 10.30 pagi dan di bawa keluar jam 4.30 petang. Kami dibenarkan melihat adik buat pertama kalinya pada jam 5.00 petang. Dalam jam 6.00 petang kami sekeluarga dipanggil oleh doktor pakar untuk diberitahu keadaan sebenar adik. Menurut doktor, keadaan adik pada waktu ini sangat kritikal..dalam erti kata lain, adik sedang nazak. 3 enjin utama badannya sangat lemah. Jantung dan peparu adik berdenyut dengan bantuan ubat dan mesin. Tempurung kepala sebelah kiri adik dikeluarkan dulu kerana tiada ruang untuk otak berdenyut. Doktor tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk adik pulih seperti keadaan asal. Jika adik sedar pun..kemungkinan adik akan lumpuh.... Kami sekeluarga terkesima dan hanya diam seribu bahasa...hanya air mata sahaja yang mengalir. Selepas keluar dari wad...mak menangis sepuas hati..Aku tak sampai hati nak lihat....jadinya aku terus turun bawah.

Hari ni dah seminggu adik di wad ICU, keadaan adik tidak banyak berubah...jantung dan peparunya masih bergantung pada mesin. Kadang-kadang nampak juga mulut adik mengecap-ngecap. Aku akan ambil tisu yang dibasahi air yassin dan basahkan mulut adik...sikit-sikit dia akan menelan air yang aku letakkan di bibir dia. Bila aku panggil nama dia...jari-jari dia akan bergerak sikit. Kadang-kadang juga, air mata dia akan mengalir...Aku tahu adik rasa kehadiran kami di sekelilingnya, tapi belum mampu untuk membuka mata lagi....

Tak banyak yang kami boleh buat...hanya doa yang tidak putus kami mohon dari Mu Ya Rabb..

Untuk Adik, Mohamad Nor Fitri Bin Abdul Harim;


Adik, kuatkan semangat yew, cepat sihat, cepat pulih seperti sedia kala.Kami semua rindukan adik. Kami semua akan jaga adik...Cepat-cepat bangun dari tidur yang panjang tu yew!!!

love,